Followers

Sung Bong Choi And His Inspiring Story :')

Wednesday, June 8, 2011 - Posted by yuyul at 10:22 AM

Semalam ada someone suruh aku tengok video ni. Dia kata sesiapa yg menonton CONFIRM akan menangis. Ok aku admit aku memang seorang yg senang touching dan sedikit cengeng. Tapi aku menangis tengok video ni bila aku cuba membandingkan antara hidup aku dengan lelaki ni. 

Secara ringkas dari apa yg dipertontonkan dlm video ni ialah Sung Bong Choi seorang lelaki yatim piatu 22 tahun menjadi anak yatim sejak 3 tahun. Dia melarikan diri dari rumah anak2 yatim sewaktu berusia 5 tahun akibat selalu didera. Sejak itu dia hidup berseorangan. Tinggal merata-rata, tidur di tangga dan tandas awam. Tapi part yg paling membuatkan hati aku tersentuh ialah bila dia ckp dia menyara hidup hanya dengan menjual chewing gum dan air. Dia ada kebolehan yg bukan semua org ada. Ce korang dengar dia nyanyi. Dari pendengaran aku, sumpah sedap ! Lagi sedap dari juara Akademi Fantasia musim ke-8. Eh??

Bila aku berseorangan, aku jadi terfikir kenapa Allah gerak kan hati aku untuk menonton video ni. 8 tahun dulu aku rasa lost dan tak guna lagi hidup lepas arwah mak dan adik aku meninggal. Sampai satu tahap aku rasa cam Allah tu tak adil kat aku (berdosa weh rasa mcm ni). Tapi lama2 aku jadi sedar sendiri sampai la aku tgk video ni, aku jadi semakin percaya dengan pepatah 'Kalau kita rasa susah, ada yg lebih susah dari kita'. 

Aku tak dapat bayangkan mcm mana Sung Bong Choi surviving hidup seorang diri sejak kecil. Kecik-kecik dah cari duit. Kita kecik-kecik dah perabih duit mak bapak. Dia tak berpeluang nk pegi sekolah tapi kita yg ada peluang suka ponteng sekolah. 

Muka dia nampak jujur sangat bila bercerita dan menyanyi. Dari aku rasa kesian terus bertukar jadi kagum. Semua makhluk Allah tetap akan di ujiNya tak kira bangsa ataupun agama. Ada hikmah rasanya bila video ni sampai ke tontonan aku sebab sebelum ni aku bukak youtube hanya untuk tengok video klip artis dan maharaja lawak sahaja. Dengan cerita Sung Bong Choi ni buat aku rasa lebih bersyukur dengan apa yg aku ada sekarang.

Your life story touches the heart of every people! :)

Now you are an inspiration to billions peoples and I'm one of them. Thank ou for sharing your story and your great voice. God Bless You Sung Bong Choi :)

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here