Followers

Sayangi Usus Anda :)

Wednesday, June 22, 2011 - Posted by yuyul at 11:08 AM
Hello readers ! :D
Sorry. Dalam seminggu dua ni aku takde kesempatan nak mengupdate blog. Lately ni banyak sangat perkara yang sibuk berlaku di sekitar kehidupan biasa aku. Walaupun aku tak update new post kat sini, tapi hari2 aku masuk sini untuk memastikan peminat2 aku terkawal di samping membaca blog2 yang aku follow :)

Ada 2 perkara yang aku nak share. First, last week aku dapat anak saudara baru lagi. Baby boy. Yeay! Nama nya aku tak tahu lagi. Baru minggu ni nak pergi melawat. Kat Puchong, Selangor jee. For sure, baby ni bakal menjadi kesayangan aku :) atau lebih tepat lagi bakal jadi 'mangsa' baru untuk aku kerjakan.  

Hari yg sama, malam tu aku terkena serangan sakit perut yang kronik. Mengalami kecederaan parah dalam perut. Untuk pengetahuan, dah 3 tahun aku ada masalah berkaitan dengan usus. Dalam sebulan dua ni aku tak pantang makan. Semua aku bedal. Macam2 yg tak berkhasiat masuk dalam perut aku ni. Beradun sebati dan bersemadi dlm perut ni untuk tempoh yang lama. Contoh kalau biasa org mkn nasi campur + air masak + buah-buahan. Tapi aku, nasi campur lauk pedas2 + air coke setin + dessert keropok twisties. Lebih kurang macam tu la. Sungguh tak seimbang.

Hampir setiap hari aku mkn makanan tak seimbang mcm tu sampai la endingnya macam yg terjadi minggu lepas. Sampai tahap aku tak boleh bangun. Senak. Rasa cam nak amik pisau and tikam2 perut ni. Muntah2, pening kepala dan cirit-birit terlampau. Padannnn ngan muka aku. Tapi lepas berjumpa dokter hensem dan dapatkan rawatan semua beransur baik. Cuma lepas ni kena start berpantang makan balik. Benda paling susah aku nak lakukan dalam dunia ni. Lebih susah dari ujian memandu. Mula2 memang la azam tu kuat tapi sampai tgh2 tu paham2 je laaa. Banyak cobaannnn. Tak tahan. Bedal jugak makan.  


Lepas ni jugak, (serius) aku kena merajin kan diri untuk makan ubat dengan teratur. Dalam dunia ni, ubat la benda paling menyampah aku nak makan! Kecik2 dulu kalau part nak mkn ubat mesti ada 3 4 org kena pegang kiri kanan aku. Sampai macam tu sekali. Tapi dah tua bangka ni takde makna nak pegang2 dah. Taknak mkn ubat, kita kasi kick tengkuk dia. Wachaaaaa !!

Ok laa. Cukup untuk kali ni. Jumpa di next entry. Jaga kesihatan kawan-kawan :)

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here