Followers

Jejak Kasih

Monday, May 2, 2011 - Posted by yuyul at 12:45 PM
Semalam aku jumpa ngan kawan lama aku yang dah bertahun jugak la kita orang tak jumpa. Kita orang penah lost contact dalam 2 tahun after dia mendirikan rumahtangga. Sebenarnya, dia kawan aku sejak kecil lagi. Dari zaman pegi tadika sama2 sampai la ke form one. Masuk form two dia and family pindah duk kampung. Masa tu aku rasa cam big lost sebab kita orang memang rapat. Aku pun tak berapa ramai kawan. Dia je la yang rapat ngan aku dulu-dulu.

Siti Aishah Abdullah :)
Banyak kenangan manis antara aku ngan dia. Masa kecik2 dulu, kitaorang memang kuat main. Asal ari petang je muka kitaorang and the geng dah tercongok kat padang belakang umah atau kat taman buaian. Macam2 permainan yg kitaorang main. Main getah, batu seremban, congkak, teng-teng, main kejar-kejar, nyorok-nyorok, masak-masak, ehhhh banyak lagi lah. Tapi paling aku menyampah nak main dengan dia ni ialah main guli ngan kad terup. Sebab aku asyik kalah jee.

Bila dah jadi anak dara ni (sekarang dia dah takde dara, HAHA), kita orang dah kurang sikit main2. Kita orang banyak menghabiskan masa menghias diri untuk menambat hati jejaka2 di luar sana. Budak baru nak naik la katakan. Tambah plak kita orang dulu girls school so semua cam nak bajet hot ngan budak2 lelaki. Tak senonoh perangai. 

Lepas dia berpindah ke kampung kita orang still contact by phone. Cuma lepas SPM kita orang start lost contact sebab dia tukar number phone tak bgtahu aku. Sedih jugak time tu sebab sebelum kitaorang berpisah, aku ada gaduh kecil ngan dia pasal seorang lelaki. Malas nak cerita pasal tu. Rasa cam bodoh je bila ingat balik. Menyesal pun ada. Lelaki bersepah kat luar sana tapi kawan baik susah nak dapat.

Apapun tu semua cerita lama. Lepas beberapa tahun baru dia hantar surat kat aku. And dari situ kita orang jadi 'kawan' balik. Tambah pulak sekarang dah ada Facebook, tak perlu risau kalau lepas ni TERlost contact lagi. Walaupun sekarang status dia dah berbeza tapi kami tetap menjadi kawan baik macam dulu.

Beb, kalau kau baca tulisan aku ni, aku nak bgtahu sebagai seorang sahabat, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kau sekeluarga dan aku sentiasa mengharapkan agar persahabatan kita berkekalan. Atau nak lebih lagi kau restu je aku jadi menantu kau satu hari nanti. HAHAH. (anak dia ni kecik2 dah nampak hensem,sebab tu aku tempah awal2) Sayang kau makcikk!! :)

My Future Husband Fakhrul Hakim :)

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here