Followers

Doa Buat Ibu Tercinta.

Friday, May 6, 2011 - Posted by yuyul at 2:15 PM
Entry kali ni hanya pendek. Sekadar luahan rasa rindu yang teramat sangat pada arwah mak aku. Aku tak sanggup nak ceritakan kenangan manis dan saat-saat terakhir antara kami.

Cukup aku katakan rasa penyesalan aku kerana sewaktu mak aku sedang sakit, ketika itu aku hanyalah seorang anak perempuan berumur 15 tahun yang baru ingin 'mengenal dunia', yang lebih suka menghabiskan masa bersama kawan2 di luar berbanding dengan keluarga sendiri.

Bagi mereka yang masih punya Ibu, jangan dipersiakan, umur Ibu tidak boleh ditukar dengan harta dan wang ringgit. Bukan hanya sekadar setiap bulan bank in duit untuk Ibu sebaliknya luangkanlah masa bersama mereka kerana kerinduan itu tidak terubat dengan wang. 

Ingat akan segala pengorbanan yang telah diberikan kerana bila mereka sudah tiada , tiada apa yang dapat mengubat kerinduan kecuali doa. Semoga arwah mak aku sentiasa mendapat rahmat Allah. Amin. 


Selamat hari Ibu,
ALLAHYARHAMAH FUZIAH BINTI MOHAMMED,
13 JUN 1956 - 2 SEPTEMBER 2003.

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here