Followers

:)

Friday, April 29, 2011 - Posted by yuyul at 9:57 PM
Ehehe cak!!

Toraaa datang lagiii :) Sebulan sekali je aku update blog ni. Jarang2 jumpa baru la terbit rasa rindu-rinduan.

Dua minggu lepas aku ikut abang angkat aku yg huduh tu balik umah family dia kat JB. Dekat 2 tahun gak ar aku tak melawat keluarga angkat aku tu. Bertolak kul 8.30 sampai dalam kul 2 pagi. Gila ngantuk time tu tapi ku tahan jebat.

Sebenarnya kitaorang balik JB tu pun sebab ada kenduri tahlil kat kampung nenek kat pontian. Dapat jugak la aku buat tahlil untuk arwah mak ngan adik aku. Satu benda yg aku tak sabar nak ceritakan di sini ialah masa kat kg tu aku baru belajar mcm mana nak kupas bawang. HAHAH. Sumpah, sebelum ni aku tak reti langsung bab buat2 keje kat dapur ni. Zero. Bahasa kasar nya bengap nak mampus. Failed! Baru aku sedar kenapa sampai sekarang xde sape masuk meminang aku. Nak tunggu Prince William masuk minang memang x dapat dahh. Bukan nak malukan diri sendiri tapi hanya jujur pada diri sendiri. Heh!

4hari 3malam aku kat JB, xde jalan mana2 pun. Ye laaa banyak berehat je sebab penat menguruskan kenduri tu. tapi aku tak kesah. Sebab banyak kenangan yang aku dapat kat sana terutama dengan mak angkat aku.

Siapa yang kenal aku secara dekat, korang pasti tahu macam mana kehidupan keluarga aku. Aku tetap bersyukur ada keluarga sendiri tapi ntahlaaa.. panjang sangat kalau nak cerita pun. Masa kat umah family angkat aku tu, aku dapat rasa kehidupan berkeluarga yg sebenar. Macam mana seorang ibu menasihatkan anaknya, duduk berteman di meja makan, menonton tv bersama satu keluarga,gelak2 and happy2. Semua tu aku tak dapat rasa selepas mak and adik aku meninggal 8 tahun lepas. Kat sana pun aku banyak makan berbanding kat umah sendiri. Mungkin sebab kat umah sendiri xde sape yang pelawa aku makan atau ingatkan aku waktu makan. Sebab tu aku kerap sakit perut disebabkan oleh waktu mkn yg tak teratur.

Paling best mak angkat aku ada bagi aku macam2 doa. Mak angkat aku memang best. Masa mula2 kenal dulu, aku takut2 gak la sebab mak and ayah angkat aku dua2 pegawai polis. So dalam kepala aku terbayang makcik2 bertubuh besar dan abang sarjan misai lentik dengan wajah mengerikan. HAHA tapi totally aku silap! Sekarang aku dah boleh je ngan mak angkat aku tu cumaaa bpk angkat aku tu aku jarang2 cakap sebab dia agak baran orangnya tapi serius dia memang baik. Dia marah untuk kebaikan anak2.

Macam biasa la waktu nak balik KL, mesti mood sedey tu datang. Rasa tak puas kat sana. Cuma sedikit terkilan sebab tak sempat bergambar ngan mak angkat aku. Abang angkat aku memang hampeh! Beli kamera ribu2 hengget tapi pegi amek gambar pokok laa tiang laa burung terbang laaa. Nak kutuk2 lebih kang kena tolak plak duit raya tahun ni.

Tapi walaupun takde gambar, tapi kenangan tu ada dalam hati aku. Mungkin korang pikir alaa apa la sangat cerita pegi jumpa keluarga angkat pun nak bangga2. Tapi bagi aku yang ‘kehilangan’ semua tu hampir 10 tahun, ianya satu pengalaman yang berharga. 

Abang & Ibu angkat saya :)
 

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here