Followers

:) + :(

Sunday, April 3, 2011 - Posted by yuyul at 6:17 PM
Feh! Hampir 3 bulan jugak laa aku tak singgah menulis di blog ni! Huhuh.. antara sebab utama ialah – MALAS nak menaip. Yaa adik2 jangan ikut perangai akak yee, akak memang pemalas. Tu laaa orang nak buat blog, aku pun nak buat. Mengade je. Walaupun aku tak aktif menulis blog sejak dua tiga empat lima menjak ni, tapi sekali sekala ada gak aku masuk tengok2 kejap. Aku akan sentiasa memastikan peminat2 aku di sini terkawal. Heh!! Sekarang ni kalau on laptop nak on facebook pun dah boring. Bagi aku fb ni makin lama dah makin ngarut je. Macam myspace gak,ntah hape2. skang aku tengah gila main game kat King.com. game budak2 pun layan dahh!! TERBARU, main game DINER DASH! hehehe :)

Suka2 jugak, jangan buat2 lupa pulak. Dua tiga minggu lepas, berlaku satu gempa bumi berskala kuat di Jepun  dan menyebabkan tsunami. Beb, aku ni kan kadang2 je nampak cam bedebah perangai tapi setiap kali aku tengok berita, video dan gambar2 mangsa tsunami, hati aku rasa tersentuh sangat. (serius ni weh). Ada sekali tu aku menangis tengok gambar seorang lelaki yang menangis kat depan mayat ibu dia. Kita kat Malaysia ni tak payah la nak rasa ‘goyang kaki’ sangat ehh.Walaupun Malaysia terselamat dari bencana2 yang dasyat macam tu tapi Allah itu Maha Berkuasa. Bila2 masa dan kat mana je Dia boleh turunkan bala kat kita kalau perangai kita semua berterusan macam setan!

Dalam sedih2 tu kann, ada plak sorang artis lelaki itu yang buat lawak yang tak berapa nak kelakar kat twitter. Ramai laa puak2 konservatif yang nak tunjuk mereka tak pernah buat silap menghentam artis tu.
Jom kita semua berfikiran positif ya. Kalau difikirkan secara waras da matang, apa yang tersirat di sebalik mesej artis itu ialah – ‘ tiada siapa yang lebih berkuasa di muka bumi ii melainkan Allah S.W.T. Kartun2 yang selama ni banyak merosakkan minda kanak2 tu sikit pun tak dapat membantu tsunami dari melanda Jepun’. Ada ke artis tu tulis “hahahah” dalam mesej tu? Ada? Ada? Kalau korang asyik berfikiran negatif jee, memang tak boleh hidup laa. 
Lu Pikirlah Sendirik!
Apapun niat aris itu ketika dia tweet mesej tu, hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui. Tak payah kita semua sibuk judge orang lain. Tengok perangai tak semenggah anda itu dulu yaa. Yang penting, kita doakan saja mangsa2 tsunami Jepun. Walaupun mereka semua berlainan bangsa danagama dengan kita. Sekian, selamat makan malam.

Psstt pssstt: Saya bukan peminat artis lelaki itu ok. Sekadar memberikan pandangan mengenai isu itu.

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here