Followers

Yul Si Beruang Kutub.

Friday, December 3, 2010 - Posted by yuyul at 10:48 PM
peh!
Gelaran ni diberi oleh seseorang. Hampeh betul! Aku digelar begitu kerana kegilaan aku terhadap AIS BATU. Setiap kali order minuman, aku akan pastikan air tu ada bnyak ais. Sebenarnya since kecil lagi aku dah terbiasa minum air sejuk. Air panas yang aku minum cuma air milo dan teh o lipton (lipton sahaja).

Aku mengunyah ais seperti mengunyah nasik. Aku suka dengar bunyi krukk krakk krukk krakk dalam mulut. Haha.. Pernah sekali aku mengalami sakit gigi yang melampau, tahap tak boleh bangun punya, tapi teteeeeppp jugak aku nak kunyah ais. Endingnya, lu pikir la sendiri. Seminggu jugak la aku demam panas. Takut jumpa dentist punya pasal.

Cuma sekarang ni aku sedang cuba kurangkan sikit mengunyah ais ni. Tak baik untuk kesihatan sebenarnya. Bila dah sakit baru nak beringat. Adik2 jangan ikut macam akak ye. Tapi serius cakap, aku susah nak berhenti sesuatu yang dah sebati dengan hidup aku. Lebih kurang macam perokok tegar susah nak berhenti rokok la gitu. Tapi mengunyah ais dan insan bernama nurulizani memang tak dapat dipisahkan lagi. Is it hobby or habit?

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here