Followers

Alahai Facebook.

Friday, December 3, 2010 - Posted by yuyul at 10:45 PM
mukabuku.
November 2010 genap setahun aku berfacebook. Hampir 2000 orang jugak la dalam friendlist aku. Tapi jujur cakap dalam 2000 tu, tak sampai 200 orang je pun yang aku kenal. Tapi bukan tu masalah nya. Aku nak share perkara2 yang aku BENCI dalam berfacebook ni.

Aku pantang betul orang tagged aku dengan gambar2 duit. Kalau bahalul2 ni tagged aku dengan harapan aku akan join MLM (menjana lembap minda) dorang tu, memang silap besar la. Sikittt pun aku tak berminat. Aku terus block je bahalul2 tersebut.

Aku gak cukup ‘prihatin’ dengan komen2 dari friendlist berhubung dengan status aku. Banyak yang bagi komen ntah apa apa. Satu kerja pulak aku nak delete mendelete. Ada tu tak tau hujung pangkal dengan ‘berhemahnya’ bagi komen yang takde kena mengena dengan maksud status aku. Jump into conclusion without nothing. Poyo gila! Dengan tanpa was2 aku singkirkan orang2 macam ni. Bimbang parasit ini akan membiak tanpa habitat yang betul. Kan?

Belum masuk lagi dengan spesis yang sibuk cucuk jarum. Ada hati nak jual ayat jual saham. Sorry la bang.. saya tak layan. Wrong number!!

Tapi aku berterima kasih jugak kat facebook ni sebab di sinilah aku dapat keep in touch dengan ramai kawan2 lama disamping menambah kenalan baru. Ehh korang baca2 ni dah add facebook aku belum?

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here