Followers

Sweet Memories Of 2010

Saturday, December 25, 2010 - Posted by yuyul at 10:13 AM

Antara kenangan manis aku tahun ni ialah aku dapat keep in touch balik dengan kawan2 sekolah rendah aku dulu. Genap 10 tahun kitaorang terpisah. Masing2 dah banyak berubah. Terutama aku. Dulu aku diejek dengan panggilan ‘si pendek’, tapi sekarang memang tak dapat laa nak ejek2 aku macam tu lagi. Mana yang dulu pakai tudung senget2, sekarang dah bertudung ala2 mak datin. Yang jejaka2 plak, semua dah makin kacak2 belakeee.


kenangan dolu2.
S.K (1) PJ :)
sesi bergambar ngan bekas cikgu.


Semuanya bermula di facebook. Reunion tak rasmi pertama kita orang ialah pergi melawat bekas guru disiplin sekolah aku dulu yang tak berapa sihat di errr.. aku dah lupa la kat mana, tapi area2 Hulu Selangor laa.  Kawan2 batch aku ada la dalam belas2 orang. Cikgu2 plak dalam 4-5 orang. Paling ramai ialah batch senior aku. Memang excited giler masa pertama kali jumpa tu. Sepanjang perjalanan 2 jam tu memang non-stop bercerita dan ketawa. Kadang2 cerita tu bukan kelakar sangat pun tapi gelak je lebih. Macam orang gila. Balik dari melawat cikgu tu, sempat lagi kita orang singgah fun fair tepi jalan. Masa tu masing2 back to 10 years old. Macam tak pernah pegi funfair! Tak senonoh betul perangai korang ni.

sesi bergambar di funfair tepi jalan :)
yang kanan sekali tu bapak ANAN a.k.a bapak mertua tak jadi .


L-R: anir, aziera, AKU, syue, ita, syura and eddy :)


ITA, SYUE.. aku sayang korang :(
Kawan2 aku tu ada la dalam 2 orang dah bertunang masa tu. Bulan 6 lepas salah sorang dah selamat walimatus urus. Sekarang tengah memboyot bawak perut. Alhamdullilah rezeki. Yang sorang lagi baru beberapa minggu lepas dah jadi isteri orang. Yang abang2 jejaka plak masih menjadi bujang terhangat di pasaran. Walaupun ada laa dalam 2-3 kerat tu muka dah macam bapak orang. Tapi jujur, korang memang makin ensem. Pada ANAN- aku cuma nak cakap, nyesal aku tak ngorat kau dulu. Hahaha! Haihh..

kat dalam kelas dulu aku duduk ngan dia.
SUZIE, kawan aku yang paling kelam kabut.


Kepada semua kawan2 sekolah rendah aku dulu (ramai sangat nak taip), aku SAYANG korang semua walaupun lately ni kita dah jarang lepak sebab masing2 busy. Kita kawan sampai mati ok. 

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here