Followers

Naluri Keibuan Ke?

Friday, December 3, 2010 - Posted by yuyul at 10:08 PM
Korang dah tengok tak filem DESPICABLE ME? Mesti korang suka ngan watak AGNES yang super super kiut tu kan? Aku tak tau nak terangkan macam mana suka nya aku kat agnes ni sampai aku mengharapkan agnes ni wujud kat dunia nyata.

Sebenarnya aku mempunyai sifat suka akan kanak2 yang comel dan kiut. Nak kata sifat keibuan sangat tu takde laa. Kadang2 rasa letih dan give up gak layan kerenah budak2 ni (tapi tak sampai naik tangan ok). Cuma aku suka melihat budak2 kecil yang baru pandai berjalan, jalan terkedek kedek dengan kasut yang berbunyi, pakai baju cantik2, tambah pulak yang ikat rambut macam anak jepun. Kalau aku jumpa budak2 macam ni kat mana2, aku cubitttt sampai budak tu menangis pastu aku blah.

Anak saudara aku ada dua orang yang selalu jadi mangsa. Sampai lumat aku kerjakan budak2 ni. Hilang stress bila layan budak2. Kadang2 datang jugak perasaan nak jadi seorang ibu. Tapi mission impossible la bebb.. khawin pun belum nak ada anak mende? Buat masa sekarang, aku tumpang kasih anak2 kawan je laa.

agnes despicable me & anak saudara aku, adam arafat :)
Berbalik pada cerita agnes tadi, korang ada ternampak patung agnes dijual dimana mana tak? Kalau ada inform aku please. Nak beli 10!

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here