Followers

Kapal Karam.

Friday, December 3, 2010 - Posted by yuyul at 10:03 PM
 Yess salah satu filem kegemaran aku- TITANIC. Baru2 ni aku ada bertanya kat seseorang,
                “Abang pernah tengok cerita titanic tak?”

Dengan selamba lelaki itu menjawab,
                 “Tak tengok pun, geli je nak nangis2”
Jawapan itu saja sudah cukup membuat aku ternganga untuk beberapa minit sebelum aku terfikir ‘ada ke orang yang tak pernah tengok cerita titanic?’.

Percaya atau tidak aku dah beratus kali tengok cerita ni. Dan setiap kali menonton, aku akan menangis sakan (kelemahan terbesar aku setiap kali tengok cerita sedih). Kenapa aku menangis?. Ko gila ke apa? Orang yang tak menangis tu takde perasaan barangkali ye?

Bukan nak mengagungkan sangat filem ni tapi jalan cerita tentang sepasang kekasih yang terpisah nyawa ni membuatkan aku terfikir kalau laa aku mengalami nasib yang sama seperti rose (ada yang tak kenal ke sape rose).. Dan paling best, kalau laa aku dapat cium jack macam dalam cerita tu (haha!).

Serius cakap, berkotak-kotak tisu jgak la yang aku bazirkan setiap kali tengok filem ni. Jadi persoalan aku sekarang, ada lagi ke umat manusia dalam dunia ni yang tak pernah tonton filem TITANIC? Kalau ada, sila memperkenalkan diri anda. Aku nak sekeh kepala tu laju2!

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here