Followers

Cantik Ke??

Friday, December 3, 2010 - Posted by yuyul at 9:46 PM
Mekap dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Setuju. Tanya lah mana2 perempuan kat muka bumi ni, takde seorang pun yang tak suka bermekap. Makcik2 yang dah nak menopous tu pun reti nak bermekap ok (mak tiri aku la tuh, haihhh). Aku mengaku aku takde ‘natural beauty’. Muka aku nampak hodoh GILER kalau tak mekap. Sebab tu setiap kali keluar rumah hatta untuk menyapu depan rumah sekalipun aku akan mengenakan solekan tipis. At least pakai bedak kompak, eyeliner dan lip balm. Aku rasa malu dan rendah diri bila orang lain tengok muka aku yang pucat dan sembab.


silkygirl eyeshadows.
Aku tak la pro sangat bab2 bermekap ni. Setakat basic tu tahu la sikit2. Aku banyak belajar sendiri je melalui buku panduan, internet dan bertanya kawan2. Untuk jenama mekap, aku pakai mana yang sesuai dengan kulit je. Kulit aku ni mengada ngada sikit (sensitif la tu). Tak kisah jenama murah atau mahal. Tapi yang murah tu biasanya tak elok sangat. Aku suka bedak kompak dan mascara MAYBELLINE. Untuk blusher, eyeshadow dan lipstik aku suka SILKYGIRL.


maybe its maybelline!
Kaum lelaki selalu merungut bila terpaksa menunggu awek mereka solek berjam-jam. Helloooo cik abang, kalau awek anda cantik dan dipuji orang,korang jugak yang kembang semangkuk kann. So tak payah la nak bising2 eh. Kan sabar itu separuh daripada iman. Sabar sudehh!

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here