Followers

Coke And Sundae.

Friday, December 3, 2010 - Posted by yuyul at 8:24 PM
 Tajuk novel ni je dah menarik minat aku ketika pertama kali melihatnya di internet. Tapi masa tu aku takde duit nak beli. Yang membuatkan novel ni sangat istimewa pada aku adalah ia hadiah harijadi aku yang ke22 yang diberi oleh abang syah (mekaseh sifoo). Bayangkan sewaktu perasaan aku membuak buak untuk memiliki nya ditambah perasaan hampa kerana takde duit nak beli, tiba2 aku dapat sebagai hadiah. Rasa terharu bila ada orang memahami minat aku. Bagi aku hadiah sebuah novel lebih bermakna dari hadiah2 ratusan ringgit.


Terima kasih pada novelis nya kak Ilya Abdullah kerana kreatif menghasilkan novel yang sangat best tahap nak menari poco-poco. Ringkasan cerita mengisahkan seorang ‘miss coke’ yang gagah perkasa (ala2 tomboy la) bertemu ‘mr sundae’ yang susah nak meluahkan perasaan cintanya pada ‘miss coke’. Yang menarik kan lagi plot cerita ialah dorang ni macam anjing dan kucing yang selalu bergaduh setiap kali berjumpa. Tapi dalam gaduh2 terbit rasa sayang antara mereka. Sweet kan?

Novel ni tak terlalu membebankan otak pembaca nak kena fikir konflik yang ntah apa2 seperti dalam drama2 melayu kat tv tu. Aku rasa santai dan rileks je bila baca novel ni. So far dah 2 3 kali jugak la aku ulang baca. Sikittt pun tak rasa bosan. Yang paling best, novelis nya sedang dalam proses menulis sambungan cerita ni. Wahhh best best. Nak beli sepuluh! 

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here