Followers

Hobi.

Friday, December 3, 2010 - Posted by yuyul at 8:17 PM
kenyang baca novel je.
Aku ada banyak hobi antara nya sms/chatting, make-up, mengumpul pembalut hadiah yang cantik2, dan hobi utama aku MEMBACA NOVEL. Bagi sestengah orang membaca novel ni dianggap bosan dan memeningkan kepala nak baca banyak perkataan. Tapi bagi aku membaca novel ni memberi banyak kepuasan. Aku sendiri tak faham dan tak kan pernah faham dengan golongan2 yang tak suka membaca ni. Bosan sangat ke??

Bukan nak riak jauh sekali membangga diri tapi setakat novel yang 500 mukasurat tu dalam 2 hari aku dah boleh habiskan. Mungkin kebolehan aku membaca dengan laju yang membuatkan aku suka dan teruja nak habiskan bacaan dengan cepat.

Walaupun aku gila novel, tapi koleksi2 novel aku tak la sampai berpuluh puluh rak. Kebanyakkan nya aku pinjam dan tukar2 baca dengan kawan2. Rasa seronok bila dapat berkongsi minat dengan orang lain. Aku suka baca novel bergenre komedi romantik dan mempunyai tajuk yang unik. Contoh seperti yang ada dalam koleksi aku- HOT GIMMICK, COKE AND SUNDAE, D’BLUR, BAJU PENGANTIN MAK ANDAM, PULUT SAKURA SERUNDING KASIH dan CINTA 3 SUKU. Novel yang tajuk jiwang2 tu aku baca la gak kekadang, tapi tengok sinopsis gak, kalau menarik minat aku nak membaca, aku beli la.

Well, kalau ada tanya aku “takde hobi lain ke yang lebih mencabar?”. Aku hanya suka menjawab dengan 14 huruf ini S-U-K-A-H-A-T-I-A-K-U-L-A-H. Sekurang kurangnya hobi aku ni tak menyusahkan orang lain. Kan mat rempit kan?

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here