Followers

A Handsome Doctor :)

Monday, December 6, 2010 - Posted by yuyul at 10:01 PM
man of my dream :)
Hari ni aku pergi medical check-up kat Hospital Kuala Lumpur. Untuk sakit apa tu tak payah tahu la eh. Yang pasti bukan HIV POSITIF. Macam biasa setiap kali cek up, darah suci ku akan diambil dengan rakusnya. Dengan jarum sebesar ibu jari, doktor tu tanpa belas kasihan menyuntik tangan ku yang sebesar ranting kayu ini.

Tapi, segala kesakitan mahupun kemarahan ku hilang lenyap dibawa angin apabila tiba2 doktor itu melemparkan seyuman manis sambil menghulurkan name card beliau padaku. Ditambah pulak dokter tu memang menepati taste jejaka idaman aku. Peh!! 

Selepas sesi mengambil darah, macam biasa aku diberi khutbah percuma. Ayat biasa yang aku dengar "Nurul, sila makan ubat mengikut waktu yang ditetapkan ya".. Benda yang paling aku menyampah nak buat dalam dunia ni ialah memakan ubat. Tapi kuasa 'cinta pandang pertama' membuat kan aku berazam lepas ni aku nak rajin makan ubat. ngeh ngeh..

So sekarang aku tak tahu nak buat apa dengan name card dia ni. Aku bajet dokter tu belum khawin (kot..) Nak call, sumpah segan! Akhirnya aku membuat rumusan, dokter itu akan ku kenang dalam doa2 ku serta mimpi2 malam ku SAHAJA. Huhuhu~

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here