Followers

2 x 5

Saturday, December 4, 2010 - Posted by yuyul at 6:15 PM
2x5

Hari ni penat berjalan-jalan di IOI MALL puchong bersama abang syah yang mengong itu. Saja2. Bosan duduk rumah. Selepas perut kenyang melahap pizza, kami pun berjalan jalan mencuci mata. Macam biasa kelemahan aku setiap kali pergi ke shopping mall ialah apabila masuk ke kedai buku. Kalau la aku ni anak Bill Gates, memang satu rak novel tu aku dah beli tapi apakan daya aku hanya mampu beli sebuah je. Minggu ni je dah 3 buah novel aku beli. Tapi baru habis baca satu buku.
FAVOURITE novel !
Aku beli novel bertajuk 2X5. Aku beli sebab aku sukeee sangat dengan novelis nya. Aku suka novel BAJU PENGANTIN MAK ANDAM yang dikarang beliau sebelum ni. Sumpah cerita tu memang BEST!  Untuk novel 2X5 ni aku tak tahu lagi tahap mana ke'best'an nya. Bagi aku masa dua hari aku dah boleh habis baca (kot..) Ok bye2. Nak pergi siram pokok bunga jap.


 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here