Followers

Sebab kenapa aku BENCI tengok budak sekolah bercinta.

Tuesday, October 18, 2011 - Posted by yuyul at 2:34 PM
Metro 18 Oktober 2011 -PELAJAR LAHIR BAYI DI BILIK ASRAMA KELAR PERUT ANAK. 



Pagi2 lagi hati aku dah panas. Pelajar 16 tahun - Kelar perut bayi sampai terburai - Keluarga teman lelaki tak terima anak tersebut. Speechless !!

16 tahun? What the fishhh! Muda2 dah pandai seks bebas dan membunuh. Dulu masa aku 16 tahun, ape pun aku tak reti. Kawan laki tak ramai. Kat rumah masa tu internet pun takde. Budak2 zaman sekarang ni dah terlampau "canggih". Semua hanya di hujung jari. Sekali klik semua dah dapat. Nak tengok blue, tak payah sorok2 dah. Nak tengok pompuan seksi2 tak payah nak skodeng2 mcm dulu. Bukak tv je pun dah ada. Belum masuk lagi kes terpengaruh dengan kawan2. Memang ROSAK budak2 sekarang. Nak salahkan teknologi sepenuhnya pun tak boleh. Kalau takde basic agama, memang tunggang terbalik la hidup jawabnya. Walaupun aku tak sealim mana, tapi aku masih mampu menilai mana baik dan mana yang buruk.

Aku tak dapat bayangkan macam mana budak ni boleh tergamak nak kelar2 bayi tu. Aku nak pegang pisau potong sayur pun takut2, ni plak nak bayangkan yg aku tgh kelar bayi. Setiap kali ada kes buang atau bunuh bayi, aku tertanya pada diri sendiri, dorang ni takde perasaan ke? Dah bawak perut tu 9 bulan ke hulu ke hilir, dapat rasa bayi tu bergerak gerak dalam perut, tapi masih tergamak nak bunuh bayi tu.  Aku yg belum khawin ni pun kadang2 jeles tengok org mengandung. Terasa nak rasa pengalaman macam mana mengandung dan melahirkan anak. 

Cikgu2 atau kawan2 sekolah budak ni tak perasan ke tengok perut dia memboroi tu? Kalau pregnant 3 4 bulan boleh laa nak cover2, tapi kalau dah sampai 9 bulan, mustahil kott.. Aku rasa ni mesti kes "serah diri" masa malam Valentines Day 9 bulan lepas. Untuk menunjuk kan rasa kasih sayang katanyeeeeeee... ha amek kau!! Sedap 5 minit je tapi tanggung dosa seumur hidup. Ke masa main tu tak pakai 'Encik Dom'? Oh lupa plak. Budak sekolah kannn, mana ada duit sangat! 

Bila kita org dewasa tegur budak2 rosak akhlak macam ni, dorang kata kita tak paham jiwa remaja  mereka. Dorang ingat dah matang sangat, dah boleh urus diri sendiri. Style sangat la konon, time2 sekolah lagi dah ada pakwe keliling pinggang pastu hidung kembang bangga tayang2 pakwe kat Facebook.  SEDIHHH !!

Yang si lelaki pun satu! Luka sunat pun belum kering, spender pun mak bapak belikan lagi, suara pun belum pecah macam JUSTIN BIEBIER dah berlagak macam org dewasa.  Nasib baik laa si lelaki JAHANAM dalam kes budak ni dah ditangkap. Kalau aku kenal atau jumpa lelaki2 macam ni kat mana2, memang aku tembak dari jarak dekat je. Merosakkan anak dara orang pastu lari dari tanggungjawab. PENGECUTTTT ! Pegi jadi pondan laa lagi bagus! 

Ok, done. Memang aku marah sangat bila baca kes2 macam ni. Terutama yg melibatkan nyawa yg tidak berdosa. Kita semua pun mesti marah kan? Tapi tanya pada diri sendiri apa yg kita buat untuk mencegah kes2 macam ni bartambah parah? Mulakan di rumah. Tegur adik beradik anda kalau ada di antara mereka yang berperangai tak senonoh. Jangan diam bila berlaku maksiat depan mata. 

Haaa ni yg susah ni kalau aku dah masuk mode bercakap seperti seorang pakar motivasi. Sebelum post ni berjela-jela sampai ke 30 perenggan, baik aku stop dulu. Renung2 kan dan selamat beramal :)

 

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here