Followers

Yes Boss !

Thursday, August 11, 2011 - Posted by yuyul at 3:27 PM
Memandangkan FB aku tgh ada masaelah nak log in maka dengan itu secara automatik nya aku jadi rajin nak meng-update blog. Muehehehe...  Sebelum ni kalau dah leka ngadap FB, aku jadi hilang ingatan kejap aku ni ada blog rupanyaaa.. Alaa senang citer malas nak update blog laa sebenarnya :D

Hari ahad yg lepas kannn, aku dapat hadiah sebuah novel dari 'mantera guru' aku. Kebetulan sehari sebelum tu dia belanja aku berbuka pizza. Jadi dengan rasa ikhlas dari lubuk hati yg dalam serta tanpa paksaan aku nak cakap yang dia sentiasa nampak HENSEM kat mata aku ;)

Aku dapat novel tajuk YES BOSS! karya Areila Sahimi . Aku memang minat ngan novel2 novelist baru ni. Keempat-empat novel dia (setakat ni) aku dah ada. BAJU PENGANTIN MAK ANDAM, 2X5, IMAN SURAYA and latest YES BOSS!. Sebab utama aku minat ialah gaya penulisan dan penceritaan nya yg santai dan simple. Genre komedi romantik. Bahasa yg digunakan pun bahasa seharian kita. Nak bahasa baku pegi baca kamus laaa.. Tak pening kepala nak baca jalan cerita yang berat macam slot cakerarama. Cerita tak complicated. Baca sambil makan maruku pun takde hal. Selamba laaaa.... 

Malas nak cerita sinopsis cerita ni panjang2 cuma apa yg aku boleh cakap novel ni mmg BEST. Tak rugi kalau beli. 19 hengget je punnnn.. Dijamin halal dan CONFIRM korang akan baca sambil tersengih-sengih.

Tapi dalam keempat-empat novel Areila Sahimi ni, novel pertama dia BAJU PENGANTIN MAK ANDAM tetap paling TERBAIK bagi aku. Satu-satunya novel yg boleh buat aku tergelak macam setan. Serius. So aku suggest kat korang yg suka baca novel jiwang2 tu pekata sekali sekala tukar angin sikit dan cuba baca novel2 bergenre macam ni. 

Ok, sebagai penutup kata, aku nak bgtahu yg sekarang aku tgh GILA ngan JET LI. Takde kena mengena pun dengan tajuk di atas. Saje jee nak bagitahu. Wahahaha. Ok Byee.. :) 

Abg Jet <3


 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here