Followers

Edisi Shopping Raya :)

Tuesday, August 23, 2011 - Posted by yuyul at 11:35 AM
Ok, Aku dah beli baju raya, purple colour. Sepasang jeewww.. Ok Bye!

HAHA.. Boleh tak kalau tulis takat tu je? 
Baik update status kat Facebook aje,
ye takk?

Hari sabtu yg lepas kannn, aku pegi shooping raya round pertama. Second round InsyaAllah minggu ni. Tunggu duit masuk. Tak banyak duit tak best la shopping.

Puas hati ke shopping kat tempat sesak cam ni?
Macam tahun lepas, aku prefer shopping kat PKNS Shah Alam je. Tahun2 sebelum tu, aku ikut org pegi Jln TAR. Tp bagi aku (org lain tak tau laa), aku tak tau apa yg best sangat kat  Jalan TAR tu.  Tiap2 tahun meriah. Banyak pilihan & murah2 kott. Aku tak biasa membeli kat tempat yg sesak dan ramai orang. Sampai nak jalan pun berhimpit-himpit. Tak dapat buat pilihan lama2. Sama je situasi nya kat PKNS, cuma kat PKNS sesak nya kat ruang legar je. Aku selesa beli kat tingkat atas. Kurang sikit sesak. Senang nak pilih mana yg betul2 berkenan.

Mayor Manik. :) Kedai ni je laa banyak baju saiz aku.
Tahun ni aku beli baju raya sepasang je. Baju tahun lepas elok lagi. Yang penting, purple karerrr ok. KAU ADA? :) Beli pun kat kedai yg sama cam tahun lepas. Orang kata kalau kita dah selesa ngan satu2 kedai tu, mesti nak beli kat situ lagi. 

Bab nak pilih colour aku takde masalah. Tp bab nak cari saiz tu yg ada masaelah skit. Dengan badan yg mcm rangka tulang makmal fizik & berat badan yg bawah 40kg ni,  mmg tak byk pilihan. Kecewa sikit. Mula2 aku plan nak pakai baju kurung cotton, tapi saiz yg paling kecik XS pun, nampak besar bila aku pakai. Terpaksa pakai baju kurung moden mcm tahun lepas. Saiz paling kecik 34, tu pun jenuh nak mencari. Sampai melecet kaki sebab byk berjalan. Aku malas nak tempah2 baju. Dari dulu dah biasa beli baju pasang siap je.

Untuk 1st round ni, aku beli baju kurung je. Second round nanti plan nak beli shirts, jeans, handbag, shoes & barang2 make-up skit. Beselaa pompuan. Org laki senang je, tak serabut nak beli banyak2. 

Tu je lah kot yg aku nak citer (sebenarnya malas dah nak taip,taip mcm siput). 
Sorry, tak dapat nak upload gambar baju raya. Takut hilang seri laaaa. ;) 
Ok Bye..

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here