Followers

Cerita kasut PUMA saiz 8.

Saturday, August 27, 2011 - Posted by yuyul at 9:27 PM
Hari Jumaat lepas hari paling gila bagi aku. Tak pernah dalam sehari aku pusing sampai 5 shopping mall. Sg.Wang, Times Square, Lot10, Pavillion & Mid Valley. Berjalan non-stop sampai sakit2 kaki. 
Semuanya hanya kerana sepasang kasut PUMA bersaiz 8. Haihh ~


Kerana mencari kasut ini, aku sakit kaki.
Al-kisahhh..
Hari tu aku teman 'Mantera Guru' aku pergi shopping. Aku dah list nak beli kasut, shirts , barang mekap & handbeg je. Baju raya dah beli awal-awal. Tapi dia cuma nak beli sepasang kasut yg dia dah idamkan sejak setahun lepas. Sebak plak aku tgk dia beria2 nak kasut tu so aku teman je laa. Seminggu sebelum tu kita org dah cari kasut tu kat IOI Mall Puchong & Sunway Pyramid, tapi ketiadaan saiz 8 menjadi masalah utama. Design yg dia nak dah ada, tapi saiz je takde. Aku nampak dia cool je, tapi dalam hati mesti kecewa sikit. At last, barang2 aku je yg beli. Dah round 5 shopping mall pun tak jumpa kasut saiz 8. Kaki macam raksasa. Ikutkan banyak lagi kasut yg cantik2 tapi laki ni lain skit. Cerewet mengalahkan pompuan. Kalau itu yg dia nak, yg lain dia tak pandang. Kekadang aku tak paham ngan minat org lelaki ni, beli kasut mahal2 letak kat kaki. Kalau muka hensem takpe gak (Abangggg, jgn marah haaa) :P 


Tapi aku tak mengeluh sangat pun. Bukan selalu dapat jenjalan macam tu. Penat tu biasalaa. Cuma sakit kaki je. Pagi tu pulak sahur minum air je.. Sumpah penat! 

Balik rumah sebelum waktu berbuka sebab malam tu 'Mantera Guru' nak packing2 balik kampung. Dan seperti biasa, sampai rumah masuk je bilik terus aku melaram depan cermin. Test2 baju and kasut. Cantik gak kasut raya aku. Pandai aku pilih. Puji diri sendiri laaaa.. Aku tak reti pakai high heels so aku beli gladiator sandal jee.. Black colour wehh :)

Apepun, ketika cerita ini ditaip, aku masih berjuang menahan sakit kaki. Serius sakit. Jangan melarat sakit sampai pagi raya sudahh. Tak merasa aku nak berjalan pakai kasut baru. Kesian kat org tu kannn, tak dapat kasut PUMA. Kau pakai kasut capal je laa abang. Tak payah nak PUMA2 sangat :P


Last, 
Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat kawan2 bloggers yg cantik2 dan kacak2 belaka. Maaf Zahir & Batin. Raya, raya jugak. Jangan lupa pada yg tak berkemampuan. Dan sama2 lah kita doakan saudara2 Islam kita di Palestin. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka dan mereka mendapat kegembiraan sempena hari raya ni. Jangan lupa bayar zakat. Bye~

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here