Followers

MAXIS Gila Meroyan !

Thursday, July 21, 2011 - Posted by yuyul at 9:18 PM
Tahniah laa Maxis. Tepuk tangan sambil berdiri atas meja untuk Maxis. 
Apekehe nya aku ni?

Sumpah aku bengang GILA ngan line Maxis lately ni. Biasa nya kalau nak upgrade services, pihak Maxis akan bagi sms pemberitahuan. Kalau macam tu aku boleh tahan lagi. Tapi kalau dah hari2 problem, siapa boleh sabar maaa? 

Itu baru masalah phone line, belum masuk lagi masalah berukband. Lagi macam haremm! Selalu buat promosi besar-besaran, buat iklan kata perkhidmatan no.1 laa, terbaik di Malaysia laa ape laa. Terbaik hangguk kau !! Cakap pong pang pong pang, tapi services macam bullshit. Bila call customer services, hampeh tak berjawab. Berjam laa aku cakap ngan cik mesin operator tu.  Kalau laa aku ada kuasa boleh tembus masuk dalam telefon time tu, dengan mesin2 operator tu aku kasi picahh!!


Rutin harian aku, sebelum tidur setiap malam aku akan mesej2 dengan seseorang. Biasa laa untuk tanya khabar sume atau sembang2 kosong. Tapi bila malam je, line maxis CONFIRM buat hal. Send sms pukul 10 malam, pukul 1 pagi baru sampai. Tu pun nasib2 je sampai. Ada tu tak sampai langsung tapi kredit tolak. Cantekkkk perangai! Nak call lagi la macam beruk! Tak dapat langsung tapi coverage penuh! Kalau ada emergency tak ke naya?? Kalau aku ni stay kat kampung ke, kawasan pedalaman felda ke atau tgh laut kee tu aku boleh la faham. Ni aku tinggal kat tengah2 bandar la ngok. Setakat Maxis Center kat KLCC tu boleh nampak dari rumah aku je. Heh!! 

Sebenarnya aku tak suka sumpah2 seranah ni. Bukan sifat semulajadi aku. Tapi perkhidmatan Maxis kali ni betul2 mengugat kesabaran aku. Menyakitkan hati. Putus cinta pun tak sakit macam ni. Dah bertahun aku pakai Maxis. And aku rasa tak biasa kalau nak tukar ke line lain. Besides, kawan2 aku ramai pakai Maxis. Kalau aku pakai Celcom, nak sms ke Maxis cam mahal la plak. Beselaa aku ni topup kekadang semput sikit :P Lagipun area umah aku line Celcom cam kureng laa.. Aku tak suka pakai Digi sebab aku tak suka warna kuning. Fobia ngan perhimpunan BERSIH.


Harap2 pihak Maxis ambil berat dan peka dengan masalah pengguna. Jangan nak taja itu ini, pikir nak kaut keuntungan and mengenyangkan perut bigboss kau jee. Marah betul aku hari ni..


 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here