Followers

Hey Sweet 23 ! :D

Tuesday, July 19, 2011 - Posted by yuyul at 10:18 PM
 


16 Julai lepas genap sudah umur aku 23 tahun. Fiuhhh ~ 
Wajah 23 tahun saya :)
Rasa cam baru je tahun lepas aku sambut birthday ke 19 :)

Hari tu takde pape pun yang istimewa sangat2. Takde pyjamas party, takde upacara potong kek ataupun suprise2. Cuma malam 15 Julai tu aku pegi kuar makan malam dengan Encik S. (Insan yang ada iras2 Fernando Torres dan paling banyak menggembirakan aku). Makan malam bese2 je tapi tetap BEST. Apa je yang tak best kalau orang belanja makan.

Keesokannya pagi 16 Julai sampai ke petang aku banyak menghabiskan masa depan laptop bermain game Angry Birds dan melayan peminat2 aku yang wish birthday kat Facebook :). Dan kesekalian nya jugak aku open wall aku untuk post. Setahun sekali maa. Selama ni  aku lebih suka private wall fb aku. Jangan ditanya mengapa kerana itu aku punya suka. 

Petang tu , Encik S yang hensem lagi gagah perkasa tu sms aku ajak pegi Putrajaya. Putrajaya Floria 2011 laa. Tengok2 bunga. Tapi bila part nak mintak beli bunga, dia jawab "Pakai duit sendiri". Haramjadah..

Best la jugak kat sana. Layan je tgk bunga2 & landskap taman yang cantik2. Encik S plak sibuk mengambil gambar dengan menggunakan kamera mahal dia. Aku nak  jadi model dia memang tak ah. Aku kureng skit bab2 nk bergambar ni. Kekadang jee.. Lenguh kaki berjalan, kaki melecet dan kelaparan. Nak beli makanan kat sana tak dapat sebab aku keluar dengan orang yg tak suka beratur nak beli makanan. Ending nya kunyah gula2 mentos je arr..



Malam plak ada acara bot berhias. Sumpah cantik bangett! Tapi tak dapat tengok lama2 sebab org makin ramai, bot plak jalan slow macam siput babi. Jadi kitaorang decided untuk balik je. Tambah plak masing2 tgh tak tahan lapar. Balik awal sebelum sempat nak tengok bunga api :( 

Mungkin pengalaman macam ni biasa2 je bagi sesetengah orang, tapi bagi aku ini saja dah cukup bagi kenangan manis kat aku. Aku dapat rasa kesungguhan seseorang yg cuba menggembirakan aku pada hari lahir aku. Thanks Abang :') Allah dah ambil arwah Mak dan Adik aku tapi Allah gantikan dengan insan2 yang sentiasa ikhlas menyayangi aku. 
Selamat Hari Jadi Nurulizani :)

All pictures by Encik S

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here