Aku memang pantang bila baca kes2 penganiyaan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak. Bila terbaca pasal kes2 macam tu automatik mulut aku akan mencarut-carut tanpa henti. Oh please laa.. aku dah rasa tak selamat nak pergi mana2. Perempuan zaman sekarang banyak terdedah pada bahaya. kadang2 duk dalam rumah sendiri pun boleh berlaku kes jenayah.
"Alaaa pompuan cantik je yang kena attack. pompuan2 hodoh tak payah la perasan, korang selamat".
"Lepas ni pompuan2 semua pakat2 kuar umah mekap cam hantu kak limah,so xde sape nak simbah asid kat korang".
Dan macam2 lagi komen bangang yang aku rasa menyampah nak taip kat sini. Tak salah kalau niat mereka nak tunjukkan yang mereka ada unsur2 humor dalam diri, atau pun mungkin nak praktis untuk join Raja Lawak tahun depan tapi LU SALAH TEMPAT LA BROTHER! Kalau mak lu kena simbah asid pastu orang datang buat sarkas depan mak lu, lu rasa apa? Rasa oren ke?
Ada jugak yang sengaja nak memainkan isu perkauman. Memang la saspek yang dikehendaki tu berbangsa India tapi jenayah tidak mengenal bangsa. Bukan salah sesuatu bangsa, tapi salah individu tu sendiri. Tolonglah berfikiran matang sikit.
Lakaran wajah saspek dah pun di edarkan oleh pihak polis. Sama2 lah kita membantu polis menyelesaikan masalah ni. Jangan tahu nak salahkan polis ajee. Polis buat keje bukan dibantu oleh alat2 bantuan dari Doraemon. Apa yang penting, kita kaum perempuan kena selalu berjaga-jaga. Bukan sebab kes ni je, tapi macam2 lg kes yang bahaya menanti kita di luar sana.
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada polis melalui Hotline polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728 |
Dunia dah akhir zaman, manusia semakin hilang pertimbangan. Jaga diri kawan-kawan.