Followers

What The Fish !

Tuesday, May 24, 2011 - Posted by yuyul at 1:42 AM
Benda ni aku dah perhati lama dah. Ada sorang member perempuan kat Facebook aku, yang nama terpaksa dirahsiakan. Bukan nak menyibuk hal dia tapi aku rasa perlu meluahkan rasa menyampah ni agar ianya tidak menjadi sampah di hati aku. 


Nama fb dia F****** H*****. Dia ni ex-schoolmate aku. Nak kata rapat sangat2 tu tak la tapi pernah la sekelas masa form 1 dulu. Dia ni 24JAM suka mengeluh rasa bosan laa, rasa benci,bengang kat orang laa dan macam2 lagi status dia yang penuh dengan aura kebencian dan kebosanan hidup. Dia tersepak batu pun boleh maki hamun kat Facebook. Apekejadah??

Kadang2 aku rasa cam nk ckp "Eh, kau pegi mati jelah, setel sume" TAPI itu lah masalah terbesar aku. Aku jenis member yang tak reti kaedah terbaik untuk menegur kesalahan member. Bukan makna aku tak sayang member, tp ntahlaa seriously aku tak reti.  

Memangla apa yg ditulis tu hak masing2. Tapi PERLU ke kau nak bgtau setiap masa yg kau bosan. Ape ke pelik la kau ni. Takde ke semiinitttttttttttttt je dalam hidup kau yg kau TAK BOSAN? Kau tak pikir ke yg orang lain yg baca status kau tu pulak yang bosan dengan kau?

Oh Tuhan, tolonglahh bagi dia tergerak hati nak baca artikel kesedaran dari aku ni. Dah la kau tu suka menaip pakai bahasa rempit. "kaw kat manew tuwww".. Aduhyaiii, budak sindrom down pun tak mengeja macam tu laa. Letih mata aku! Ending nya terpaksa aku hide semua status kau kat wall aku.  


Jujur cakap, dulu aku pun suka meluahkan rasa geram dan benci kat Facebook. Aku suka mencarut. Tapi aku tersedar sendiri. Kalau nak compare masalah kau ngan masalah aku, lagi teruk masalah aku. Mana ada makhluk kat bumi ni yg takde masalah. Hari2 aku menghadap perang Amerika-Iraq kat umah ni. Aku stress. Tapi aku cari seseorang yg rapat ngan aku untuk luahkan perasaan. Kalau kau rasa bosan tahap 'muka cam babi', kau cari la teman2 rapat yg bolehberkongsi rasa. Bukan dengan meluahkan kat tempat terbuka. Macam2 yg negatif orang boleh pikir pasal kau. 

Sekarang korang tau tak kenapa aku tak reti tegur member? Sebab aku nampak seperti kasar. Aku takut member2 kecik hati dan taknak kawan aku lagi. Benda ni pernah terjadi kat aku dulu. Kerana mulut aku hilang kawan. 


Kesian. Eh? Sekian. Tenkiu. Ailebiu.

"Kau ni kena gigit semut api pun nak bising2 kt facebook ke haaaaa?"

                                                           

Let's Find This Fucker !

Saturday, May 14, 2011 - Posted by yuyul at 3:25 PM
Sekarang ni tengah kecoh pasal lelaki misteri penyimbah asid yang menyerang wanita secara rambang di sekitar Kuala Lumpur. Aku sampai sekarang pening kepala memikirkan apa motif lelaki mental ni. Dia ingat simbah asid ni macam simbah air sirap kat muka ke? Kesan nya dah cukup meninggalkan trauma kat mangsa2 yang terkena sampai ada kes yang jadi buta. 


Aku memang pantang bila baca kes2 penganiyaan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak. Bila terbaca pasal kes2 macam tu automatik mulut aku akan mencarut-carut tanpa henti. Oh please laa.. aku dah rasa tak selamat nak pergi mana2. Perempuan zaman sekarang banyak terdedah pada bahaya. kadang2 duk dalam rumah sendiri pun boleh berlaku kes jenayah.

Baru2 ni aku rasa terkilan bila membaca beberapa komen dari pengguna facebook yang terlebih bijaksana ni. Mereka memberikan komen2 yang menampakkan mereka sangat BODOH di mata aku. Diulangi, SANGAT BODOH! Di saat2 orang lain sedang serius mengenai kes terbaru ni, mereka dengan tanpa rasa prihatin memberikan komen2 antara nya seperti :


"Alaaa pompuan cantik je yang kena attack. pompuan2 hodoh tak payah la perasan, korang selamat".


"Lepas ni pompuan2 semua pakat2  kuar umah mekap cam hantu kak limah,so xde sape nak simbah asid kat korang".


Dan macam2 lagi komen bangang yang aku rasa menyampah nak taip kat sini. Tak salah kalau niat mereka nak tunjukkan yang mereka ada unsur2 humor dalam diri, atau pun mungkin nak praktis untuk join Raja Lawak tahun depan tapi LU SALAH TEMPAT LA BROTHER! Kalau mak lu kena simbah asid pastu orang datang buat sarkas depan mak lu, lu rasa apa? Rasa oren ke? 


Ada jugak yang sengaja nak memainkan isu perkauman. Memang la saspek yang dikehendaki tu berbangsa India tapi jenayah tidak mengenal bangsa. Bukan salah sesuatu bangsa, tapi salah individu tu sendiri. Tolonglah berfikiran matang sikit. 


Lakaran wajah saspek dah pun di edarkan oleh pihak polis. Sama2 lah kita membantu polis menyelesaikan masalah ni. Jangan tahu nak salahkan polis ajee. Polis buat keje bukan dibantu oleh alat2 bantuan dari Doraemon. Apa yang penting, kita kaum perempuan kena selalu berjaga-jaga. Bukan sebab kes ni je, tapi macam2 lg kes yang bahaya menanti kita di luar sana. 

 
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada polis melalui Hotline polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728


Dunia dah akhir zaman, manusia semakin hilang pertimbangan. Jaga diri kawan-kawan.

Doa Buat Ibu Tercinta.

Friday, May 6, 2011 - Posted by yuyul at 2:15 PM
Entry kali ni hanya pendek. Sekadar luahan rasa rindu yang teramat sangat pada arwah mak aku. Aku tak sanggup nak ceritakan kenangan manis dan saat-saat terakhir antara kami.

Cukup aku katakan rasa penyesalan aku kerana sewaktu mak aku sedang sakit, ketika itu aku hanyalah seorang anak perempuan berumur 15 tahun yang baru ingin 'mengenal dunia', yang lebih suka menghabiskan masa bersama kawan2 di luar berbanding dengan keluarga sendiri.

Bagi mereka yang masih punya Ibu, jangan dipersiakan, umur Ibu tidak boleh ditukar dengan harta dan wang ringgit. Bukan hanya sekadar setiap bulan bank in duit untuk Ibu sebaliknya luangkanlah masa bersama mereka kerana kerinduan itu tidak terubat dengan wang. 

Ingat akan segala pengorbanan yang telah diberikan kerana bila mereka sudah tiada , tiada apa yang dapat mengubat kerinduan kecuali doa. Semoga arwah mak aku sentiasa mendapat rahmat Allah. Amin. 


Selamat hari Ibu,
ALLAHYARHAMAH FUZIAH BINTI MOHAMMED,
13 JUN 1956 - 2 SEPTEMBER 2003.

Jejak Kasih

Monday, May 2, 2011 - Posted by yuyul at 12:45 PM
Semalam aku jumpa ngan kawan lama aku yang dah bertahun jugak la kita orang tak jumpa. Kita orang penah lost contact dalam 2 tahun after dia mendirikan rumahtangga. Sebenarnya, dia kawan aku sejak kecil lagi. Dari zaman pegi tadika sama2 sampai la ke form one. Masuk form two dia and family pindah duk kampung. Masa tu aku rasa cam big lost sebab kita orang memang rapat. Aku pun tak berapa ramai kawan. Dia je la yang rapat ngan aku dulu-dulu.

Siti Aishah Abdullah :)
Banyak kenangan manis antara aku ngan dia. Masa kecik2 dulu, kitaorang memang kuat main. Asal ari petang je muka kitaorang and the geng dah tercongok kat padang belakang umah atau kat taman buaian. Macam2 permainan yg kitaorang main. Main getah, batu seremban, congkak, teng-teng, main kejar-kejar, nyorok-nyorok, masak-masak, ehhhh banyak lagi lah. Tapi paling aku menyampah nak main dengan dia ni ialah main guli ngan kad terup. Sebab aku asyik kalah jee.

Bila dah jadi anak dara ni (sekarang dia dah takde dara, HAHA), kita orang dah kurang sikit main2. Kita orang banyak menghabiskan masa menghias diri untuk menambat hati jejaka2 di luar sana. Budak baru nak naik la katakan. Tambah plak kita orang dulu girls school so semua cam nak bajet hot ngan budak2 lelaki. Tak senonoh perangai. 

Lepas dia berpindah ke kampung kita orang still contact by phone. Cuma lepas SPM kita orang start lost contact sebab dia tukar number phone tak bgtahu aku. Sedih jugak time tu sebab sebelum kitaorang berpisah, aku ada gaduh kecil ngan dia pasal seorang lelaki. Malas nak cerita pasal tu. Rasa cam bodoh je bila ingat balik. Menyesal pun ada. Lelaki bersepah kat luar sana tapi kawan baik susah nak dapat.

Apapun tu semua cerita lama. Lepas beberapa tahun baru dia hantar surat kat aku. And dari situ kita orang jadi 'kawan' balik. Tambah pulak sekarang dah ada Facebook, tak perlu risau kalau lepas ni TERlost contact lagi. Walaupun sekarang status dia dah berbeza tapi kami tetap menjadi kawan baik macam dulu.

Beb, kalau kau baca tulisan aku ni, aku nak bgtahu sebagai seorang sahabat, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kau sekeluarga dan aku sentiasa mengharapkan agar persahabatan kita berkekalan. Atau nak lebih lagi kau restu je aku jadi menantu kau satu hari nanti. HAHAH. (anak dia ni kecik2 dah nampak hensem,sebab tu aku tempah awal2) Sayang kau makcikk!! :)

My Future Husband Fakhrul Hakim :)

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here