Followers

Sweet Memories Of 2010

Saturday, December 25, 2010 - Posted by yuyul at 10:13 AM

Antara kenangan manis aku tahun ni ialah aku dapat keep in touch balik dengan kawan2 sekolah rendah aku dulu. Genap 10 tahun kitaorang terpisah. Masing2 dah banyak berubah. Terutama aku. Dulu aku diejek dengan panggilan ‘si pendek’, tapi sekarang memang tak dapat laa nak ejek2 aku macam tu lagi. Mana yang dulu pakai tudung senget2, sekarang dah bertudung ala2 mak datin. Yang jejaka2 plak, semua dah makin kacak2 belakeee.


kenangan dolu2.
S.K (1) PJ :)
sesi bergambar ngan bekas cikgu.


Semuanya bermula di facebook. Reunion tak rasmi pertama kita orang ialah pergi melawat bekas guru disiplin sekolah aku dulu yang tak berapa sihat di errr.. aku dah lupa la kat mana, tapi area2 Hulu Selangor laa.  Kawan2 batch aku ada la dalam belas2 orang. Cikgu2 plak dalam 4-5 orang. Paling ramai ialah batch senior aku. Memang excited giler masa pertama kali jumpa tu. Sepanjang perjalanan 2 jam tu memang non-stop bercerita dan ketawa. Kadang2 cerita tu bukan kelakar sangat pun tapi gelak je lebih. Macam orang gila. Balik dari melawat cikgu tu, sempat lagi kita orang singgah fun fair tepi jalan. Masa tu masing2 back to 10 years old. Macam tak pernah pegi funfair! Tak senonoh betul perangai korang ni.

sesi bergambar di funfair tepi jalan :)
yang kanan sekali tu bapak ANAN a.k.a bapak mertua tak jadi .


L-R: anir, aziera, AKU, syue, ita, syura and eddy :)


ITA, SYUE.. aku sayang korang :(
Kawan2 aku tu ada la dalam 2 orang dah bertunang masa tu. Bulan 6 lepas salah sorang dah selamat walimatus urus. Sekarang tengah memboyot bawak perut. Alhamdullilah rezeki. Yang sorang lagi baru beberapa minggu lepas dah jadi isteri orang. Yang abang2 jejaka plak masih menjadi bujang terhangat di pasaran. Walaupun ada laa dalam 2-3 kerat tu muka dah macam bapak orang. Tapi jujur, korang memang makin ensem. Pada ANAN- aku cuma nak cakap, nyesal aku tak ngorat kau dulu. Hahaha! Haihh..

kat dalam kelas dulu aku duduk ngan dia.
SUZIE, kawan aku yang paling kelam kabut.


Kepada semua kawan2 sekolah rendah aku dulu (ramai sangat nak taip), aku SAYANG korang semua walaupun lately ni kita dah jarang lepak sebab masing2 busy. Kita kawan sampai mati ok. 

The Greatest Gift.

Friday, December 24, 2010 - Posted by yuyul at 11:15 PM
 The greates gift we have all received is the gift of LIFE. Aku bukan nak tunjuk pandai atau mempunyai PhD dalam sociology atau psychology. Cuma nak luahkan pendapat je. Untuk menyedarkan manusia supaya lebih menghargai sebuah kehidupan.

Baru2 ni, ada seorang rakan FB aku ni menulis status betapa ‘tak gunanya’ kehidupan dia yang tak bermakna dan penuh dengan depresi. Ok, mungkin dia nak luahkan stress dia. Tapi yang tak boleh blah bila yang bagi komen semuanya macam menyokong kenyataan dia tu. Aku rasa menyampah plak nak baca. They claim that life is empty and unfulfilley.

Basically, apa yang korang tafsirkan tentang kehidupan korang? Kerja 24jam? Masa berlalu dengan lambat? We are to paint our future, with the brightness of joy, the tears of sorrows, the vibrancy of achivement, the smudge of failure, the purity of virtue, the taint of evil.. and the coloursof all that is to be our life.

Konfius? What I’m saying is this – hidup hanya jadi tak bermakna bila korang sendiri yang pilih nak macam tu. Aku mengaku hidup aku tak ‘sebahagia’ orang lain. Aku tak dapat ‘attention’ yang sepatutnya seorang anak dapat dari parents nya. Aku selalu menangis dan rasa kenapa laa tuhan tak adil bagi aku kehidupan yang macam ni. Tapi sekarang bila dah dewasa sikit aku dapat berfikir dengan betul. Kalau aku rasa susah, ada orang lagi susah dari aku. Bunyi memang klise, tapi tu la kenyataan nya. At least aku masih ada sedara-mara dan kawan2.

Look around you. Life is beauty. Think about how lucky you are. To those of you who feel that all the criticism, hipokrasi and hurt in this world is directed at you, look again. Think again. Tolong laa jangan selfish dan bagi kenyataan seperti orang yang tak bersyukur. Ramai lagi yang merana dari korang and they STILL manage to smile.

Remember, everyone has a destiny. Everyone’s destiny is the canvas that’s waiting to be filled by you with colour. Kalau korang sendiri yang biarkan hidup korang rasa ‘blank’, so then – do NO complain about life being meaningless or whatever!

The Best Novel Ever.

Saturday, December 11, 2010 - Posted by yuyul at 3:20 PM
Akhirnya selepas 3 hari aku berjaya gak habiskan baca novel 2X5. Hanya dua perkataan yang dapat aku gambarkan mengenai novel ini – BEST GILA! Diulangi ye BEST GILA! Sumpah tak tipu novel ni memang BEST. Nak tahu,baca sendiri laa.

Tabik spring berjuta kali buat AREILA SAHIMI . Jalan cerita yang tak meleret-leret dan jiwang meleleh. Dalam part yang sedih pun (sebenarnya takde la sedih sangat) ada terselit gelak tawa. Banyak babak yang buat aku tersengih sorang2 bila membacanya. Ayat pun tak bunga2. Memang tak stress langsung lah! Watak utama nya Nur Syakirin memang agak2 sama dengan perangai aku- keras kepala. Yupp aku SANGAT keras kepala. Hee..


Bak kata kak AREILA dalam coretan nya..

“Saya tak pandai nak bermadah pujangga. Saya tak bijak berkata-kata. Saya tak reti nak buat orang mengalirkan air mata. Semoga apa yang saya coretkan ini mampu membuatkan anda yang sedang berduka lara mampu untuk ketawa, gembira dan berasa bahagia. No duka lara duka lara.Happy sentiasa.”


Seriously, novel ni memang BEST. Tak cuba baca mana nak tahu kan??

A Handsome Doctor :)

Monday, December 6, 2010 - Posted by yuyul at 10:01 PM
man of my dream :)
Hari ni aku pergi medical check-up kat Hospital Kuala Lumpur. Untuk sakit apa tu tak payah tahu la eh. Yang pasti bukan HIV POSITIF. Macam biasa setiap kali cek up, darah suci ku akan diambil dengan rakusnya. Dengan jarum sebesar ibu jari, doktor tu tanpa belas kasihan menyuntik tangan ku yang sebesar ranting kayu ini.

Tapi, segala kesakitan mahupun kemarahan ku hilang lenyap dibawa angin apabila tiba2 doktor itu melemparkan seyuman manis sambil menghulurkan name card beliau padaku. Ditambah pulak dokter tu memang menepati taste jejaka idaman aku. Peh!! 

Selepas sesi mengambil darah, macam biasa aku diberi khutbah percuma. Ayat biasa yang aku dengar "Nurul, sila makan ubat mengikut waktu yang ditetapkan ya".. Benda yang paling aku menyampah nak buat dalam dunia ni ialah memakan ubat. Tapi kuasa 'cinta pandang pertama' membuat kan aku berazam lepas ni aku nak rajin makan ubat. ngeh ngeh..

So sekarang aku tak tahu nak buat apa dengan name card dia ni. Aku bajet dokter tu belum khawin (kot..) Nak call, sumpah segan! Akhirnya aku membuat rumusan, dokter itu akan ku kenang dalam doa2 ku serta mimpi2 malam ku SAHAJA. Huhuhu~

2 x 5

Saturday, December 4, 2010 - Posted by yuyul at 6:15 PM
2x5

Hari ni penat berjalan-jalan di IOI MALL puchong bersama abang syah yang mengong itu. Saja2. Bosan duduk rumah. Selepas perut kenyang melahap pizza, kami pun berjalan jalan mencuci mata. Macam biasa kelemahan aku setiap kali pergi ke shopping mall ialah apabila masuk ke kedai buku. Kalau la aku ni anak Bill Gates, memang satu rak novel tu aku dah beli tapi apakan daya aku hanya mampu beli sebuah je. Minggu ni je dah 3 buah novel aku beli. Tapi baru habis baca satu buku.
FAVOURITE novel !
Aku beli novel bertajuk 2X5. Aku beli sebab aku sukeee sangat dengan novelis nya. Aku suka novel BAJU PENGANTIN MAK ANDAM yang dikarang beliau sebelum ni. Sumpah cerita tu memang BEST!  Untuk novel 2X5 ni aku tak tahu lagi tahap mana ke'best'an nya. Bagi aku masa dua hari aku dah boleh habis baca (kot..) Ok bye2. Nak pergi siram pokok bunga jap.


Oh Maktiri Ku..

Friday, December 3, 2010 - Posted by yuyul at 10:49 PM
Ruangan ni bukan untuk aku kutuk mengutuk maktiri aku, tapi lebih kepada satu luahan perasaan terendam (bukan terdendam). Kalau nak cerita dari awal memang panjang. Faktor bukan darah daging sendiri membuatkan jurang antara kami terlalu jauh. Samada dia tak memahami aku atau salah layanan aku terhadap dia.

Salah satu perangai maktiri aku yang paling aku benci ialah dia suka meninggikan suara kat bapak aku. Satu keadaan yang tak pernah aku alami sewaktu bersama arwah mak aku dulu. Aku berpendapat orang dewasa selalu mementingkan diri sendiri. Tak memikirkan perasaan anak. Bila anak2 menjadi liar, mereka tidak mahu mengakui kesalahan diri.

Paling kejam bila aku mengesahkan maktiri aku ni seorang pesakit mental yang tidak dilaporkan. Aku selalu stress. Kalau aku tak kuat semangat, aku boleh jadi gila. Perlu dirawat di wad psikiatri untuk menjalani rawatan sakit jiwa. Diberi dos penenang yang kuat. Baru aku lebih tenang.

Setiap kali kami bergaduh, aku akan mengalah untuk tidak memanjangkan lagi masalah. Kami tak pernah sependapat sebab dia seorang yang tidak menerima teguran dari orang lain. Selalu beranggap dirinya sahaja betul. Jadi kejam sangat ke aku mengatakan dia gila? It took one mental patient to be on good terms with another one mental patient. The conclusion, I’m not crazy like my stepmother.<

Aku pun tak tahu sampai bila nak macam ni. Bila difikirkan balik, I think it was my fault. I’m not partly to be blamed but wholely to be blamed. Aku tak pernah memahami apa yang dia mahukan sebenarnya. Mungkin dia tak bahagia menikahi bapak aku. Don’t know. Lets hope tomorrow will be better and brighter. More good things happen for us.

Yul Si Beruang Kutub.

Posted by yuyul at 10:48 PM
peh!
Gelaran ni diberi oleh seseorang. Hampeh betul! Aku digelar begitu kerana kegilaan aku terhadap AIS BATU. Setiap kali order minuman, aku akan pastikan air tu ada bnyak ais. Sebenarnya since kecil lagi aku dah terbiasa minum air sejuk. Air panas yang aku minum cuma air milo dan teh o lipton (lipton sahaja).

Aku mengunyah ais seperti mengunyah nasik. Aku suka dengar bunyi krukk krakk krukk krakk dalam mulut. Haha.. Pernah sekali aku mengalami sakit gigi yang melampau, tahap tak boleh bangun punya, tapi teteeeeppp jugak aku nak kunyah ais. Endingnya, lu pikir la sendiri. Seminggu jugak la aku demam panas. Takut jumpa dentist punya pasal.

Cuma sekarang ni aku sedang cuba kurangkan sikit mengunyah ais ni. Tak baik untuk kesihatan sebenarnya. Bila dah sakit baru nak beringat. Adik2 jangan ikut macam akak ye. Tapi serius cakap, aku susah nak berhenti sesuatu yang dah sebati dengan hidup aku. Lebih kurang macam perokok tegar susah nak berhenti rokok la gitu. Tapi mengunyah ais dan insan bernama nurulizani memang tak dapat dipisahkan lagi. Is it hobby or habit?

Alahai Facebook.

Posted by yuyul at 10:45 PM
mukabuku.
November 2010 genap setahun aku berfacebook. Hampir 2000 orang jugak la dalam friendlist aku. Tapi jujur cakap dalam 2000 tu, tak sampai 200 orang je pun yang aku kenal. Tapi bukan tu masalah nya. Aku nak share perkara2 yang aku BENCI dalam berfacebook ni.

Aku pantang betul orang tagged aku dengan gambar2 duit. Kalau bahalul2 ni tagged aku dengan harapan aku akan join MLM (menjana lembap minda) dorang tu, memang silap besar la. Sikittt pun aku tak berminat. Aku terus block je bahalul2 tersebut.

Aku gak cukup ‘prihatin’ dengan komen2 dari friendlist berhubung dengan status aku. Banyak yang bagi komen ntah apa apa. Satu kerja pulak aku nak delete mendelete. Ada tu tak tau hujung pangkal dengan ‘berhemahnya’ bagi komen yang takde kena mengena dengan maksud status aku. Jump into conclusion without nothing. Poyo gila! Dengan tanpa was2 aku singkirkan orang2 macam ni. Bimbang parasit ini akan membiak tanpa habitat yang betul. Kan?

Belum masuk lagi dengan spesis yang sibuk cucuk jarum. Ada hati nak jual ayat jual saham. Sorry la bang.. saya tak layan. Wrong number!!

Tapi aku berterima kasih jugak kat facebook ni sebab di sinilah aku dapat keep in touch dengan ramai kawan2 lama disamping menambah kenalan baru. Ehh korang baca2 ni dah add facebook aku belum?

Aku Dan Mc Chicken.

Posted by yuyul at 10:38 PM
yummy!
Apa yang membezakan mc chicken dengan beger2 lain yang dijual di tepi jalan?
Kenapa nak beli beger yang mahal sedangkan ada beger yang lebih murah?

Soalan2 macam ni memang kerap diajukan pada aku. Seperti biasa aku hanya menjawab dengan 14 huruf ini S-U-K-A-H-A-T-I-A-K-U-L-A-H nak makan apa pun. Duit korang kah?

Aku pun takde jawapan yang tepat kenapa aku suka mc chicken. Yang aku perasan, sejak awal tahun ni aku cam sukeee sangat makan beger ni. At least 2 3 kali sebulan. Yang pelik, beger lain yang dijual kat mcd tu aku tak makan, beger mc chicken jugak yang menepati selera aku. Padahal beger tu simple je pun, ada roti, daging ayam, mayonis dan salad. Beger tepi jalan macam2 ada, boleh mintak mayonis dan sos lebih lagi.

Setiap orang ada selera masing2 kan. Aku tak makan mc chicken hari2 ok. Korang ingat aku anak bill gates ke apa hari2 nak makan mewah? Cakap banyak pun tak guna. Belanja aku makan la kalau berani! Heh!

Naluri Keibuan Ke?

Posted by yuyul at 10:08 PM
Korang dah tengok tak filem DESPICABLE ME? Mesti korang suka ngan watak AGNES yang super super kiut tu kan? Aku tak tau nak terangkan macam mana suka nya aku kat agnes ni sampai aku mengharapkan agnes ni wujud kat dunia nyata.

Sebenarnya aku mempunyai sifat suka akan kanak2 yang comel dan kiut. Nak kata sifat keibuan sangat tu takde laa. Kadang2 rasa letih dan give up gak layan kerenah budak2 ni (tapi tak sampai naik tangan ok). Cuma aku suka melihat budak2 kecil yang baru pandai berjalan, jalan terkedek kedek dengan kasut yang berbunyi, pakai baju cantik2, tambah pulak yang ikat rambut macam anak jepun. Kalau aku jumpa budak2 macam ni kat mana2, aku cubitttt sampai budak tu menangis pastu aku blah.

Anak saudara aku ada dua orang yang selalu jadi mangsa. Sampai lumat aku kerjakan budak2 ni. Hilang stress bila layan budak2. Kadang2 datang jugak perasaan nak jadi seorang ibu. Tapi mission impossible la bebb.. khawin pun belum nak ada anak mende? Buat masa sekarang, aku tumpang kasih anak2 kawan je laa.

agnes despicable me & anak saudara aku, adam arafat :)
Berbalik pada cerita agnes tadi, korang ada ternampak patung agnes dijual dimana mana tak? Kalau ada inform aku please. Nak beli 10!

Kapal Karam.

Posted by yuyul at 10:03 PM
 Yess salah satu filem kegemaran aku- TITANIC. Baru2 ni aku ada bertanya kat seseorang,
                “Abang pernah tengok cerita titanic tak?”

Dengan selamba lelaki itu menjawab,
                 “Tak tengok pun, geli je nak nangis2”
Jawapan itu saja sudah cukup membuat aku ternganga untuk beberapa minit sebelum aku terfikir ‘ada ke orang yang tak pernah tengok cerita titanic?’.

Percaya atau tidak aku dah beratus kali tengok cerita ni. Dan setiap kali menonton, aku akan menangis sakan (kelemahan terbesar aku setiap kali tengok cerita sedih). Kenapa aku menangis?. Ko gila ke apa? Orang yang tak menangis tu takde perasaan barangkali ye?

Bukan nak mengagungkan sangat filem ni tapi jalan cerita tentang sepasang kekasih yang terpisah nyawa ni membuatkan aku terfikir kalau laa aku mengalami nasib yang sama seperti rose (ada yang tak kenal ke sape rose).. Dan paling best, kalau laa aku dapat cium jack macam dalam cerita tu (haha!).

Serius cakap, berkotak-kotak tisu jgak la yang aku bazirkan setiap kali tengok filem ni. Jadi persoalan aku sekarang, ada lagi ke umat manusia dalam dunia ni yang tak pernah tonton filem TITANIC? Kalau ada, sila memperkenalkan diri anda. Aku nak sekeh kepala tu laju2!

Cantik Ke??

Posted by yuyul at 9:46 PM
Mekap dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Setuju. Tanya lah mana2 perempuan kat muka bumi ni, takde seorang pun yang tak suka bermekap. Makcik2 yang dah nak menopous tu pun reti nak bermekap ok (mak tiri aku la tuh, haihhh). Aku mengaku aku takde ‘natural beauty’. Muka aku nampak hodoh GILER kalau tak mekap. Sebab tu setiap kali keluar rumah hatta untuk menyapu depan rumah sekalipun aku akan mengenakan solekan tipis. At least pakai bedak kompak, eyeliner dan lip balm. Aku rasa malu dan rendah diri bila orang lain tengok muka aku yang pucat dan sembab.


silkygirl eyeshadows.
Aku tak la pro sangat bab2 bermekap ni. Setakat basic tu tahu la sikit2. Aku banyak belajar sendiri je melalui buku panduan, internet dan bertanya kawan2. Untuk jenama mekap, aku pakai mana yang sesuai dengan kulit je. Kulit aku ni mengada ngada sikit (sensitif la tu). Tak kisah jenama murah atau mahal. Tapi yang murah tu biasanya tak elok sangat. Aku suka bedak kompak dan mascara MAYBELLINE. Untuk blusher, eyeshadow dan lipstik aku suka SILKYGIRL.


maybe its maybelline!
Kaum lelaki selalu merungut bila terpaksa menunggu awek mereka solek berjam-jam. Helloooo cik abang, kalau awek anda cantik dan dipuji orang,korang jugak yang kembang semangkuk kann. So tak payah la nak bising2 eh. Kan sabar itu separuh daripada iman. Sabar sudehh!

Coke And Sundae.

Posted by yuyul at 8:24 PM
 Tajuk novel ni je dah menarik minat aku ketika pertama kali melihatnya di internet. Tapi masa tu aku takde duit nak beli. Yang membuatkan novel ni sangat istimewa pada aku adalah ia hadiah harijadi aku yang ke22 yang diberi oleh abang syah (mekaseh sifoo). Bayangkan sewaktu perasaan aku membuak buak untuk memiliki nya ditambah perasaan hampa kerana takde duit nak beli, tiba2 aku dapat sebagai hadiah. Rasa terharu bila ada orang memahami minat aku. Bagi aku hadiah sebuah novel lebih bermakna dari hadiah2 ratusan ringgit.


Terima kasih pada novelis nya kak Ilya Abdullah kerana kreatif menghasilkan novel yang sangat best tahap nak menari poco-poco. Ringkasan cerita mengisahkan seorang ‘miss coke’ yang gagah perkasa (ala2 tomboy la) bertemu ‘mr sundae’ yang susah nak meluahkan perasaan cintanya pada ‘miss coke’. Yang menarik kan lagi plot cerita ialah dorang ni macam anjing dan kucing yang selalu bergaduh setiap kali berjumpa. Tapi dalam gaduh2 terbit rasa sayang antara mereka. Sweet kan?

Novel ni tak terlalu membebankan otak pembaca nak kena fikir konflik yang ntah apa2 seperti dalam drama2 melayu kat tv tu. Aku rasa santai dan rileks je bila baca novel ni. So far dah 2 3 kali jugak la aku ulang baca. Sikittt pun tak rasa bosan. Yang paling best, novelis nya sedang dalam proses menulis sambungan cerita ni. Wahhh best best. Nak beli sepuluh! 

Hobi.

Posted by yuyul at 8:17 PM
kenyang baca novel je.
Aku ada banyak hobi antara nya sms/chatting, make-up, mengumpul pembalut hadiah yang cantik2, dan hobi utama aku MEMBACA NOVEL. Bagi sestengah orang membaca novel ni dianggap bosan dan memeningkan kepala nak baca banyak perkataan. Tapi bagi aku membaca novel ni memberi banyak kepuasan. Aku sendiri tak faham dan tak kan pernah faham dengan golongan2 yang tak suka membaca ni. Bosan sangat ke??

Bukan nak riak jauh sekali membangga diri tapi setakat novel yang 500 mukasurat tu dalam 2 hari aku dah boleh habiskan. Mungkin kebolehan aku membaca dengan laju yang membuatkan aku suka dan teruja nak habiskan bacaan dengan cepat.

Walaupun aku gila novel, tapi koleksi2 novel aku tak la sampai berpuluh puluh rak. Kebanyakkan nya aku pinjam dan tukar2 baca dengan kawan2. Rasa seronok bila dapat berkongsi minat dengan orang lain. Aku suka baca novel bergenre komedi romantik dan mempunyai tajuk yang unik. Contoh seperti yang ada dalam koleksi aku- HOT GIMMICK, COKE AND SUNDAE, D’BLUR, BAJU PENGANTIN MAK ANDAM, PULUT SAKURA SERUNDING KASIH dan CINTA 3 SUKU. Novel yang tajuk jiwang2 tu aku baca la gak kekadang, tapi tengok sinopsis gak, kalau menarik minat aku nak membaca, aku beli la.

Well, kalau ada tanya aku “takde hobi lain ke yang lebih mencabar?”. Aku hanya suka menjawab dengan 14 huruf ini S-U-K-A-H-A-T-I-A-K-U-L-A-H. Sekurang kurangnya hobi aku ni tak menyusahkan orang lain. Kan mat rempit kan?

Budak Baru Belajar.

Posted by yuyul at 8:15 PM
Hello. Nama aku Nurulizani. Nama comel nurul, yuyul atau yul. Sebenarnya aku masih baru dan mentah lagi dalam dunia blogging ni. Banyak benda lagi yang aku kena belajar. Terima kasih la pada insan yang memperkenalkan blog ni pada aku iaitu Muhamad Syazreen atau nama hensem nya Syah. Beliau ni cikgu, bapak, mahaguru dan master dalam bidang perkomputeran. Setakat kena ketuk ketampi, maki hamun dan sepak terajang tu dah biasa bagi aku yang boleh dikatakan agak bengap gak pasal komputer2 ni.

Aku buat blog ni saja2 je sekadar mengisi masa lapang dan menghilangkan rasa bosan. So kalau ada yang terkurang dalam penulisan aku harap dimaafkan eh. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong ketuk kan kepala. 

 
© My Literary Journey. world's most wanted criminal(s) here